Tuesday, August 23, 2011

Fakta tentang Abraham Lincoln dan John F.Kennedy

Misteri dibalik kematian presiden Lincoln dan Kennedy diantaranya seperti yang ada dibawah ini:
Abraham Lincoln terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1846.
John F. Kennedy terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1946.
Abraham Lincoln terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1860.
John F. Kennedy terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1960.
Nama Lincoln dan Kennedy sama-sama terdiri dari tujuh huruf.
Keduanya sama-sama mengambil berat masalah hak-hak sivil.
Isteri kedua-duanya sama-sama kehilangan anak di Rumah putih.
Keduanya di tembak pada hari Jumaat. Kedua-duanya ditembak di kepala.
Setiausaha Lincoln bernama Kennedy. Setiausaha Kennedy bernama Lincoln.
Kedua-duanya dibunuh oleh penduduk dari Wilayah Selatan.
Kedua-duanya digantikan oleh orang Wilayah Selatan.
Pengganti mereka bernama Johnson.
Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln lahir pada 1808.
Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy lahir pada 1908.
John Wilkes Booth, pembunuh Lincoln lahir pada tahun 1839.
Lee Harvey Oswald, pembunuh Kennedy lahir pada tahun 1939.
Nama kedua-dua pembunuh terdiri dari tiga nama.
Nama kedua-dua pembunuh tersebut sama-sama terdiri dari 15 huruf.
Kedua-dua pembunuh itu lari dari sebuah pawagam dan tertangkap di sebuah gudang.
Boot tertangkap di sebuah gudang setelah berupaya memboloskan diri dari sebuah pawagam.
Oswald tertangkap di sebuah pawagam setelah sebelumnya berupaya memboloskan diri dari sebuah gudang.
Booth dan Oswald dibunuh sebelum mereka diadili.

Dan ini yang paling unik?..
Seminggu sebelum Lincoln ditembak, ia berada di Kota kecil Monroe, di wilayah Maryland.
Seminggu sebelum Kennedy ditembak, ia berada bersama Marylin Monroe.

wallahualam....

Wednesday, August 3, 2011

Gunung Datuk - Langkah pertama


Setelah lama memendam rasa nak panjat gunung,akhirnya tercapai juga hasrat aku nak menjejakkan kaki ke puncak pertama yg berjaya aku tawan.Gunung Datuk.itulah namanya..hehehe..Walaupun x setinggi gunung2 lain yg terdapat di banjaran Titiwangsa,at least bg beginner mcm aku ni kira blh berbangga juga la kan sbb dapat sampai ke puncak dua kali 2...skali naik tgh ari pas2 ptg turun sbb air habis..hahaha...Then malam skali lagi kitorang panjat..Sampaikan ada pakcik kat si2 kata kitorang gila sbb xpenah2 dibuat orang panjat,turun,panjat balik...haha..Gila bersebab xper pakcik jgn gila sbb mmg gila..hehe..aku mmg minat outdoor activities ni dari kecik lg..slalunya aku,sepupu aku dan 2 3 org lg member2 aku  akn pg taman negara bercamping,xpun travel kesana sini cari pasal...haha..Disebabkan 1st mission ni berjaya,kitorang dah plan nak panjat byk lagi gunung2 yg ada kat Banjaran Titiwangsa ni & prepare the proper Gears yg spatutnya ada utk memanjat...ramai gak la yg join trip ni buat 1st time trus terpaut untuk menjadikan aktiviti memanjat gunung sebagai satu hobi..kitorang dah plan nak menyelesaikan misi kitorang iaitu yg pertamanya ialah menawan puncak2 gunung yg dikenali sebagai G7..


Gunung G7 adalah kategori gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 7,000 kaki terletak di Semenanjung Malaysia. Gunung kategori G7 ini hanya terdapat 7 gunung sahaja di semenanjung Malaysia, oleh kerana itu, kategori gunung ini dipanggil G7 sempena angka 7 yang diambil dari ketinggian dan bilangannya.
Di bawah kategori gunung G7 ini adalah:-

Gunung Tahan (7,186 kaki)
Gunung Korbu (7,162 kaki)
Gunung Yong Belar (7,156 kaki)
Gunung Gayong (7,129 kaki)
Gunung Chamah (7,210 kaki)
Gunung Yong Yap (7,110 kaki)
Gunung Ulu Sepat (7,089 kaki)

So,ni lah kitorang punya target...Tapi semuanya masih dalam perancangan la..Mungkin nak complete kan nye mengambil masa setahun dua kot sbb masing2 dah ada komitmen pada family walaupun aku masih bujang.hahaha...pada time artikel ni ditulis aku masih lg bujang ye dan insyaallah akan menamatkannya hujung thn ni...So permission dan restu bakal isteri aku harus diambil kira dan diguna pakai bagi menjamin kerukunan rumah tangga yg utuh di kemudian hari kelak..(^^)OK..sambung blik pasal gunung ni..Bagi menjayakan misi kitorang menakluk semua puncak G7 ni,kitorang akan mendaki gunung Liang Timur & Barat insyaallah hujung tahun ni kot.Perancangan dah buat skit2 tp masih dalam peringkat mencari informasi.Hopefully semuanya akan berjalan lancar insyaallah.Berbalik kepada Gunung Datuk ni,dibawah ni aku tulis skit jurnal perjalanan kitorang dari mula sampai balik..So...Layaannnnn....

16/07/2011:

0800hrs: Kitorang sumer berkumpul di KL sentral sbb tempat kerja kami cuma kat sebelah jer(Hilton Hotel KL)Pagi 2 aku,Mal dgn Resda@sakai gunung naik kete skali.Samsul,Nizam@rempit dgn Zakri sa2 kete.Syarul@bongek,robin dgn wan sa2 kete pas2 Rafiq@kecik ngan Azrel sa2 kete.Ada 4 kereta sumernyer.Biasala janji melayu ckp pukul 8 pagi nak bertolak kul 9 baru gerak..hehehe...

0900hrs: Bertolak ke Rembau tp sebelum 2 singgah dulu Cheras amik makanan dan BBQ ayam yg dah kitorang tempah dkt chef Fazrul.Nah berBBQ la katakan mlm 2...hihihi...Then trus kitorang berlumba diatas highway sbb budget nak sampai sblm tgh ari.Macam biasala Mal yg memandu kereta Porsche sampai dulu di Tol Pedas Linggi.hahaha..

1130hrs: Sampai jer kat Gunung Datuk 2 berita yg mengejutkan  kami dapat.Tapak khemah yg kitorang dah booked siap2 seminggu sebelum 2 dah kena let go dgn group lain di sebabkan masalah komunikasi tuan jaga dkt sana.Dia ingat group yg sampai 2 group kitorang ni dr KL.Rupenyer group org lain yg dr KL juga.xkan nak suruh diorang buka khemah balik kan.So pakcik 2 suggest la dekat kitorang sa2 tapak ni.Tp kitorang reject sbb tapaknya terlalu mengerikan siap ada sarang semut ipoh kat si2.Naya teman kena kokak nanti..huhu..Bincang punya bincang,lastly kitorang decide pasak khemah dekat puncak jer terus.Abis citer.So kitorang pun packed dan agih la barang2 yg patut di bawak nak naik.Mana yg rasa xperlu kitorang tinggal supaya rucksack kitorang ringan skit.

1245hrs: Lepas jer buat stretching dan sedikit sesi bergambar,kitorang terus memulakan pendakian.Baru jer 15minit mendaki kitorang kena stop sbb kecik semput tiba2 plak.Sblm ni pg taman negara ok dia hiking tp nak panjat gunung Datuk ni dia semput plak.ahhhhhh...semputttttt(bak kata Sepah)hehehe..so lepas kecik dah ok kitorang sambung blik.Xingat dia punya pacak.mula2 tgk 2 sumer dah geleng kepala dah...hahaha...Nak sampai ke pondok roboh 2 kitorang amik masa dalam 2 jam jugala sbb byk berenti.Lebih2 lagi Skru kat lutut Samsul tercabut plak.hahaha(jgn marah sul)..Kitorang pon rest  la dulu dalam stgh jam pas2 sambung blik.On the way nak sampai puncak 2 mmg byk kali la kitorang berenti almaklumla 1st gunung yg dipanjat plus masing2 xada stamina.hehe..

1600hrs: 4 orang pertama sampai puncak.Aku,zakri,nizam & robin.Mmg hilang trus rasa penat dan semput panjat td tgk view dia.Seronok x terkata la.Layan perasaan kat puncak batu 2.Tgk bekas tapak kaki Hang tuah.Layan udara yg segar.mmg best.dalam stgh jam selepas 2 baru samsul,kecik,azril,bongek,wan,mal dgn Resda sampai..
(berdiri dai kiri:samsul,robin,zakri,nizam,ariel,omar,mal,resda,owner blog,bongek-yg duduk kat depan 2 kecik@rafik)

1645hrs: Satu masalah lagi datang.air mineral tinggal 9 botol jer.kecik lak 2 sumernyer.So aku decide turun ke bawah dalam 30 minit kata abang(yg juga berkhemah dkt si2)ada punca air.Tandanya ialah botol mineral yg di sangkut kat dahan pokok.Nizam,Bongek,Azril dgn Wan ikut turun skali.yg lainnyer setting khemah dgn siapkan makan malam kitorang.Turun pny turun xjuga jumpa punca air.dah 3/4 dari puncak kitorg turun xjuga jumpa.Last2 dapat info dari Samsul melalui walkie talkie cakap kitorang turun salah route untuk punca air 2.Alang2 nak sampai bwh kitorang turun jer la trus.Amik air byk2 pas2 start panjat balik lepas maghrib.

1945hrs: bertolak untuk pendakian wak2 malam.dah 3/4 kitorang panjat.masing2 kaki xblh nak angkat dah.salah sa2 sbbnyer ialah kitorang xmakan lg.Last skali kitorang makan ialah b'fast pagi 2 dalam pukul
7.30am.pas2 xmakan ape dah sampai la jam dah tunjuk kul 9.30malam.Memang dah shaking sa2 badan tambah2 lagi pikul air berliter2.rasa nak patah jer pinggang masing2..hehehe..apelagi trus kitorang minta bantuan.dalam 15minit mcm 2 mal,resda ngan robin sampai.yg best nyer diorang bwk karipap panas dgn nescafe panas skali.Apelagi tibai la mcm orng afrika baru jumpa nasi.Lega rasanya..heheh..kitorang sambung blik mendaki tp dgn badan yg free sbb 3 org yg fresh 2 bawak air pulak.huhuhu..dalam kul 10.20pm mcm 2 kitorang sampai.Mmg lega xterkata kat muka masing2 bila sampai.apelagi!!!baham dinner kitorang la...hahaha..


2300hrs: Sesi bersantai dan bergelak ketawa sampai ke pagi.

17/07/2011:

0800hrs: Ada yg dah bgn dan ada yg masih belum bgn.Buka jer mata b'fast dah siap samsul prepare.Best mcm ni.mcm anak raja dah rasanya..hihi..So lepas abis breakfast kitorang lepak2 lu amik udara segar di pagi hari.Tangkap gambar buat kenang-kenangan.

1200hrs: Khemah sumer dah kemas,sampah dah kumpul dan bakar mana yg patut,stretching2 skit pas2 turun dari puncak..

1400hrs: Sampai bawah dan aktiviti mandi manda.

1500hrs: Sumer bergerak pulang ke Kuala Lumpur