Tuesday, December 13, 2011

Petua mencegah dan merawat saluran dan singki yang tersumbat (part II)

Ok..Entry ni actually sambungan kepada topik diatas.Pada entry yg terdahulu saya ada cerita serba sedikit pasal petua-petua nak mencegah dan merawat saluran atau sinki yg tersumbat.Jawapannya....Memang berhasil!!!hahaha...Saya try guna air panas dengan garam kasar..
























Tak sampai seminit terus air dia surut.But make sure buang dulu sumer air yg bertakung tu sbb nak make sure bila anda semua tuang campuran garam kasar dengan air panas tu betul2 dekat dengan tempat tersumbat 2...Memang betul2 berkesan.Lepas 2 saya cuci sumer saluran paip dekat rumah menggunakan campuran air panas dan clorox bagi memastikan kejadian yang sama xakan berulang lagi..hehe...


so tuan-tuan dan puan-puan,kalau ada masalah saluran atau sinki tersumbat,bolehlah cuba petua ini...Tak mahal pun kos dia..Tapi,kalau xberhasil juga terpaksa lah panggil plumber(for sure kena sembelih punya)...wakaka...just kidding..(^^)

Thursday, December 8, 2011

Petua mencegah dan merawat saluran dan singki yang tersumbat (Part 1)


Balik jer rumah semalam terus berusaha keras menimba air keluar dari tandas yang tersumbat.Cek punya cek sumenyer sebab aliran air dari sinki punya pasal.Mungkin sebab banyak sangat bahan terlarang kat dalam 2 kot..hehe..Cuba juga try pakai pelocok yang dibeli kat kedai ane kat bawah 2(harga RM4.90 ok) tapi xjalan juga..Korek pakai paip ape sume pun tetap xblh juga.Nak basuh pinggan pun susah..huhu...Nasib baik la isteri teman 2 penyabar skit(baru jer kawin..hihi..)..Apelagi,pagi2 masuk jer ofis terus cari info macam mana nak nak settlekan problem 2..ada yg bagi petua..

  1. Garam Kasar :Garam mampu bertindak sebagai pelarut untuk melarutkan segala sisa kotoran yang mengganggu dan menyekat aliran air di dalam saluran paip.Campurkan garam dengan air panas yg mendidih dan terus curah kedalam lubang saluran.
  2. Cegah sebelum terjadi. Untuk mengelakkan saluran paip sinki daripada tersumbat oleh sisa2 lemak (grease) curahkan seperiuk/secerek air mendidih ke dalan sinki sekurang2nya sebulan sekali. Amalkan supaya tak perlu panggil plumber dan kena ketuk/ sembelih.(memang pun)..hahaha...
  3. Indah Water konsortium pulak menyarankan agar menggunakan campuran Clorox dan air panas kedalam saluran(ni pun aku nak try juga blik ni).
  4. x pun beli aje satu produk berbentuk hablur garam di hardware..saya tak pasti apa nama betul benda tu..sbb mmg takde label..packaging dalam bekas mcm kapur sirih tu. saya rasa benda tu bukan asid..tapi alkali. fungsinya utk 'makan' sisa2 yg buat sinki atau saluran paip tersumbat..cara guna senang aje...tuang benda alah tu dalam lubang yg tersumbat dah curah air mendidih..mmg cepat & pantas..
  5. Soda bikarbonat pun boleh juga kalau nak cuba..hehe..
  6. Mr.muscle liquid
  7. Drano max clog remover
  8. Cosway Clog remover (cara untuk menggunakan bahan no 6,7 dan 8 2 ialah dengan menuangkannya kedalam saluran yg tersumbat but make sure buang dulu air dalam saliran 2.biarkan dalam 20 ke 30 minit lepas 2 tuangkan air panas ke dalam saluran paip 2.Insyallah berhasil(kata mereka la)hahaha..)
So balik ni saya nak try Cosway clog remover dengan garam kasar dulu...moga-moga menjadi la hendaknya.Kalau x mmg pakat2 kena sembelih la dgn plumber lepas 2..haha..

Wednesday, December 7, 2011

Isu HIV dalam produk Pepsi

Pagi2 buta lagi aku dah dapat SMS pasal ada HIV dalam minuman keluaran pepsi company..
SMS dia berbunyi macam ni..

" Dalam beberapa hari akan datang ini,tolong jangan minum apa2 produk dari syarikat Pepsi..Seperti Pepsi,Tropicana jus,slice,7up,dll...Seorang pekerja dari syarikat ini telah mencampurkan darahnya yg mengandungi kuman HIV. Untuk rujukan ada disiarkan dalam NTV7. Sila siarkan berita ini kepada orang yang anda sayangi.copy dari orang lain"



Ni dah kira macam msg berantai dah ni...huhu..orang yg sebarkan nye pon xada keje kot...byk lak kredit tuh...Benda ni dah lama dah tersebar tapi baru pg ni aku dapat msg dia..Sebenarnya kuman HIV ni xboleh nak hidup lama2 kat luar melainkan dekat badan manusia itu sendiri.Kira badan manusia tempat paling baik la utk diorang hidup & bukan dekat luar.Untuk maklumat pasal HIV ni dgn lebih selanjutnya,sila klik butang ni.
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/HIVAIDS.pdf