Friday, January 27, 2012

Preview Trans Titiwangsa V1 - Log Seorang Pendaki Gunung Amatur (chapter 1)

Fuhhh!!!Rasa xsabar dah ni...Tinggal sebulan lebih jer lagi untuk aku dan kawan2 semua menjayakan misi mustahil(untuk amatur macam kami) untuk mendaki 3(Gunung Korbu,Gayong dan Yong Belar) daripada 7 puncak gunung yg tersenarai dalam G7 yang mengambil masa selama 5 hari 4 malam. Untuk makluman semua,G7 ialah istilah untuk pendaki2 gunung di Malaysia mengkategorikan gunung2 yang mempunyai ketinggian melebihi 7000kaki dan termasuk jumlahnya yang semuanya terletak di semenanjung malaysia.6 daripadanya terletak di Banjaran Titiwangsa dan 1 lagi di Banjaran Tahan di dalam Taman Negara Pahang. Mungkin anda juga pernah mendengar istilah G12. G12 pula bermaksud gunung2 yg mempunyai ketinggian melebihi 7000kaki yang terletak di semenanjung,Sabah dan Sarawak. Lupakan pasal G12 dulu.Sekarang ni matlamat aku ialah untuk menawan kesemua puncak G7 ni...huhu...

Di bawah ni aku senaraikan gunung2 yg termasuk dalam senarai G7:


Kedudukan
Gunung
Negeri
Ketinngian (m)
Ketinggian (kaki)
1
Gunung Tahan
Pahang
2187
7,174
2
Gunung Korbu
Perak
2183
7,162
3
Gunung Yong Belar
Perak/Kelantan
2181
7,156
4
Gunung Gayong
Perak
2173
7,129
5
Gunung Chamah
Kelantan
2171
7,123
6
Gunung Yong Yap
Perak/Kelantan
2167
7,110
7
Gunung Ulu Sepat
Perak/Kelantan
2161
7,089


Peta:





And then di bawah ni adalah preview trip & pendakian Trans Titiwangsa V1 yang akan aku dan kawan2 semua akan lalui :

Trans Titiwangsa V1:
Trans bermaksud merentas. Manakala Titiwangsa merupakan banjaran tanah tinggi yang menjadi tulang belakang kepada Semenanjung Malaysia. Secara logiknya Trans Titiwangsa membawa maksud Ekspedisi Merentas Banjaran Titiwangsa.
Ekspedisi yang dinamakan sebagai Trans Titiwangsa V1 merupakan ekspedisi pendakian yang melibatkan penerokaan beberapa buah gunung. Gunung-gunung tersebut juga tersenarai sebagai 7 gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia (G7) iaitu Gunung Yong BelarGunung Korbu dan Gunung Gayong.

Maksud V1:
V1 disini bermaksud Laluan 1 atau Versi 1. Pada awalnya, istilah ini tidak digunakan oleh pendaki. Ianya digelar V1 setelah munculnya laluan baru yang menyambungkan 4 gunung tertinggi iaitu Gunung Yong YapGunung KorbuGunung Gayong dan Gunung Yong Belar. Laluan tersebut dinamakan sebagai Trans Titiwangsa V2 oleh golongan pendaki.

Persedian :
Di dalam arena pendakian di Malaysia, rentis ekspedisi ini tergolong dalam kumpulan rentis yang mempunyai kesukaran dan cabarannya yang tersendiri. Persediaan mental dan fizikal diperlukan untuk melalui perjalanan yang memakan masa selama 5 hingga 6 hari ini. Pada kebiasaannya, pendaki yang ingin melakukan ekspedisi ini akan menjalani latihan awal dengan mendaki beberapa buah gunung yang lebih rendah terlebih dahulu. Tujuannya adalah sebagai persediaan diri sebelum melangkah lebih jauh melalui rentis yang lebih mencabar dan penuh dengan bahaya ini. Antara gunung-gunung pilihan untuk dijadikan sebagai tempat latihan adalah seperti:-
Antara latihan yang perlu diambil berat adalah latihan untuk membawa bebanan, latihan penyesuaian diri dengan peralatan, penyesuaian diri dengan ketinggian, latihan kesabaran dan latihan ketahanan mental dalam menghadapi sebarang situasi dan dugaan. Dengan adanya persediaan sebegini, para peserta mampu untuk mengatasi sebarang cabaran yang mendatang disamping dapat meringankan beban kumpulan itu sendiri.

Cara Pendakian:
Terdapat beberapa laluan yang boleh digunakan untuk melakukan ekspedisi ini. Berikut merupakan antara pilihan laluan yang boleh dipilih oleh pendaki mengikut citarasa masing-masing:-
1) Gunung Yong Belar - Rentis Empangan Blue ValleyCameron Highland, Pahang.
Dengan memilih laluan ini, pendaki akan melalui 200++ Anak Tangga, Batu Sempadan 2 Negeri (Pahang/Kelantan), Pintu Rimba, Kem Tudung Periuk, Kem Kasut, Puncak Gunung Yong Belar, Kem Kuali, H2O, Puncak 6850, Puncak Gunung Junction, Kem Cerek, Puncak Gunung Gayong, Puncak Gunung Korbu, Bukit Botak, Kem Kijang, Kem Seroja dan Empangan Sultan Azlan Shah.
2) Gunung Korbu - Rentis Sungai Termin, Empangan Sultan Azlan ShahUlu Kinta, Perak.
Dengan memilih laluan ini, pendaki akan melalui Bukit Nenas, Kem Seroja, Kem Kijang, Bukit Botak, Puncak Gunung Korbu, Puncak Gunung Gayong, Kem Cerek, Puncak Gunung Junction, Puncak 6850, H2O, Kem Kuali, Puncak Gunung Yong Belar, Kem Kasut, Kem Tudung Periuk, Pintu Rimba, Batu Sempadan 2 Negeri (Pahang/Kelantan), 200++ Anak Tangga dan Empangan Blue Valley.
3) Gunung Korbu - Rentis Sungai Seno'oi, Kg. Makmur, Ulu Kinta, Perak.
Dengan memilih laluan ini, pendaki akan melalui Kem Singapore, Kem View, LWP Korbu, Kem Permatang, Puncak Bonsai Tonggek, Puncak-puncak Tipu, Puncak Gunung Korbu, Puncak Gunung Gayong, Kem Cerek, Puncak Gunung Junction, Puncak 6850, H2O, Kem Kuali, Puncak Gunung Yong Belar, Kem Kasut, Kem Tudung Periuk, Pintu Rimba, Batu Sempadan 2 Negeri (Pahang/Kelantan), 200++ Anak Tangga dan Empangan Blue Valley.

So besar kemungkinan rentis yang akan kami gunakan ialah melalui Sungai Seno'oi dan berakhir di Blue Dam Valley.

Risiko:
Khidmat jurupandu yang berpengalaman amatlah penting dalam memastikan keselamatan pendaki dan memastikan ketepatan perjalanan supaya tidak tersasar daripada laluan asal. Pemilihan jurupandu hendaklah mengikut kesesuaian kumpulan. Jika peratusan pendaki yang menyertai ekspedisi ini merupakan pendaki baru dan kurang pengalaman, khidmat jurupandu tambahan hendaklah diambil kira.
Bilangan pendaki yang disyorkan untuk melalui rentis ini pada satu-satu masa adalah seramai 20 orang pendaki sahaja. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko perpecahan kumpulan, serta keselesaan sesebuah kumpulan untuk bermalam di setiap tapak perkhemahan.







No comments:

Post a Comment